"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." -Albert Einstein

BANGSA KITA KADAZANDUSUN Part II

Wednesday, November 10, 2010

Tupono ponimpuunan: Sulimadai daton moninggurup ki. Sup no dot kungkung karabau iti. Aso i tongo kantalan. :D

Salam persahabatan dan perpaduan kepada semua pembaca sekalian. Pada kesempatan ini saya ingin menyambung bicara tentang bangsa Kadazandusun. Kepada sesiapa yang belum membaca artikel sebelumnya bolehlah klik di sini terlebih dahulu. 

Melalui pembacaan dari pelbagai sumber sama ada di dalam media cetak mahupun elektronik, kita akan mendapati bahawa menurut teori sains sosial sekurang-kurangnya terdapat empat teori utama yang mencadangkan asal-usul kaum Kadazandusun, iaitu kaum Kadazandusun berasal sama ada dari keturunan "Mongoloid", "Indo-Malayan", kacukan kaum China, atau keturunan orang purba Gua Madai.

Masyarakat Kadazandusun sendiri pula lebih berminat dan mempercayai lagenda tempatan yang menceritakan asal-usul orang2 Kadazandusun bermula di sebuah penempatan yang disebut sebagai Nunuk Ragang (Tampias, Ranau, Sabah). Banyak versi cerita yang boleh kita dengar dan baca, tetapi secara umumnya kita mempercayai bahawa rumpun Kadazandusun berasal dari tempat ini. Tentang bagaimana penempatan awal ini bermula dan bagaimana penyebarannya ke seluruh negeri Sabah masih menjadi satu perbahasan kerana terdapat beberapa versi cerita yang berbeza-beza menurut tempat, kepercayaan dan warisan masing2.

Untuk mengesahkan kebenaran sebarang teori yang diketengahkan dan sama ada ianya berpadanan dengan lagenda yang diceritakan, kita sememangnya memerlukan kajian yang lebih saintifik berdasarkan bukti2 arkeologi. Tetapi sama ada masyarakat Kadazandusun sememangnya tamadun asal di negeri ini atau sebenarnya berasal dari benua lain yang berhijrah ke sini, satu hal yang pasti masyarakat ini merupakan penduduk yang telah mula2 bertapak dan menetap di negeri ini.

Masyarakat ini pada mulanya hanya dikenali dengan nama Nunuk Ragang bersempena dengan nama penempatan mereka. Setelah masyarakat awal ini tersebar ke serata tempat di negeri ini, mereka mula dikenali bersempena dengan nama penempatan baru, pekerjaan atau nama nenek moyang mereka. Di kawasan Penampang dan Papar mereka menggelar diri sebagai Kadazan, di kawasan Utara Sabah sebagai Momogun, manakala di kebanyakan tempat lain mereka dikenali sebagai Dusun. Walau bagaimanapun penggunaan nama2 ini kadang2 bertindih antara satu sama lain. Contohnya Momogun Kimaragang juga dikenali sebagai Dusun Kimaragang.

Iklim politik Sabah telah banyak mempengaruhi penetapan nama masyarakat peribumi Sabah yang berasal dari Nunuk Ragang ini. Pada mulanya nama Kadazan yang dipilih oleh Tun Fuad Donald Stephen sebagai nama rasmi yang mewakili kesemua rumpun bangsa ini. Pemilihan nama ini mungkin berdasarkan sebab2 berikut;

1. Arus modenisasi terlebih dahulu melanda masyarakat Kadazan khususnya di Penampang, dan pemimpin2 awal yang berpengaruh juga lahir dari tempat ini. Oleh itu sudah menjadi lumrah jika nama Kadazan yang ingin diketengahkan.

2. Donald Stephen berpendapat bahawa nama Kadazan lebih 'komersial' berbanding nama Dusun atau Momogun. Sila klik di sini untuk membaca ulasan menarik oleh Richard F. Tunggolou berkenaan asal-usul nama Kadazan dan Dusun.

3. Pada kongres pertama KCA/KDCA pada 6-7 Ogos 1961 di Kota Kinabalu, bersempena dengan pelancaran parti UNKO ketika itu, satu debat telah diadakan yang dihadiri oleh wakil2 daripada 25 daerah di seluruh Sabah mengenai cadangan penggunaan perkataan Kadazan, dan 19 perwakilan telah bersetuju.

Walaupun majoriti perwakilan ketika itu bersetuju dengan penggunaan nama Kadazan, tetapi minoriti yang tidak bersetuju tetap memberikan pengaruh yang besar dan berkekalan sehingga kini. Oleh itu nama Kadazan akhirnya diubahsuai menjadi Kadazandusun sebagai nama rasmi yang mewakili semua rumpun bangsa Kadazan, Dusun, dan Momogun di negara ini.

Memang ada alasan untuk Momogun tidak berasa selesa dan tidak berpuas hati dengan penggunaan nama Kadazandusun yang meminggirkan nama Momogun, tetapi jika kita berfikir secara lebih diplomasi dan ingin memelihara perpaduan bangsa ini, maka sebaik2nya tidak perlulah kita terlalu berkeras untuk menukarkan lagi nama Kadazandusun menjadi Kadazandusunmomogun atau hanya Momogun sahaja.

Saya tidak fikir identiti sukukaum di bawah rumpun Kadazan, Dusun, dan Momogun (dalam konteks kita, Kimaragang) akan hilang hanya kerana penggunaan nama Kadazandusun sebagai gelaran bangsa kita secara umum. Apa yang penting ialah setiap sukukaum di bawah rumpun bangsa ini harus berjuang memelihara keunikan bangsa, bahasa, dan budaya masing2. Untuk membolehkan perkara ini terjadi, kita memerlukan kesatuan yang kukuh dalam masyarakat dan pemimpin yang teguh untuk memartabatkan bangsa kita sendiri.

Kita jangan keliru. Dengan nama rasmi bangsa kita Kadazandusun, kita tidak pernah dihalang untuk tetap menggelarkan diri sebagai Momogun. Persoalan kita yang terbesar di sini sebenarnya ialah Kimaragang sudah sampai ke mana? Sejauh manakah kita sendiri telah memelihara dan memartabatkan bangsa kita? Hakikatnya kita masih terpinga2 membina tapak dan payung yang kukuh, dan masih tercari2 lugu Kimaragang yang sejati.

Rujukan dan bacaan lanjut;
http://kdca.org.my/archives/67

0 Nakapangkis: