"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." -Albert Einstein

JANGAN DULU GEMBIRA SANGAT

Friday, November 5, 2010

BN bergempita meraikan kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Tentu sekali para pemimpin BN sangat berbangga dan bermegah kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kemenangan di Batu Sapi, malah menambah pula majoritinya. Kemenangan BN di Galas pula lebih manis terasa kerana bukan sahaja dapat menebus kekalahan di Sibu tempoh hari, malah dianggap satu kejayaan besar melemahkan PAS yang berkubu di Kelantan.

Adakah ini memang satu petanda bahawa BN sudah dapat memenangi semula hati rakyat untuk terus memberikannya kemenangan pada PRU yang akan datang? Betulkah PR semakin lemah dan semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat? Atau adakah ini hanyalah seperti retracement  kekalahan kepada PR menurut teori Fibonacci, di mana akan ada extension kemenangan yang lebih besar nanti. 

Pada perkiraan saya dua pilihan raya kecil yang baru berlalu itu bukanlah indikator yang terlalu mempengaruhi perubahan trend semasa. Perubahan sebenar trend hanya akan dapat kita pastikan selepas PRU-13 nanti. Smart traders lebih memahami perkara ini.

0 Nakapangkis: