Jika kamu mencintai seseorang, kamu tidak harus memaksanya menerima cintamu dan menurut segala kehendakmu. Begitu juga jika ada seseorang yang jatuh cinta padamu, kamu tidak boleh memaksa diri untuk menerima cintanya dan tidak boleh membiarkan diri dipaksa untuk menurut segala kemahuannya. Itu cinta paksaan namanya dan cinta paksaan bukanlah cinta yang sejati.
Cinta sejati harus ada rasa damai di dalam hati. Harus ada rasa yang menyenangkan dan membahagiakan. Harus ada keyakinan bahawa si dia itu merupakan pasanganmu yang cocok. Tanpa chemistry seperti ini tidaklah wajar jika cinta itu dinamakan cinta yang sejati. Jika ada keraguan di dalam hatimu, maka kamu harus jujur menanyakan diri sendiri, "benarkah aku mencintainya?" dan "benarkah dia sungguh2 mencintaiku?"
Cinta memang bukan hanya pada rasa. Apa yang dinyatakan di atas juga bukan berbicara tentang perasaan biasa seperti ingin disayangi dan menyayangi, ingin dibelai dan dimanja. Bukan juga tentang perasaan erotik terhadap pasangan dan yang seumpama dengannya. Ia berbicara tentang hati nurani yang paling dalam. Tanya hatimu dengan jujur... kerana hati nurani tidak pernah menipu diri.
Hati mungkin tertarik pada cantik dan tampannya paras rupa, tetapi hati nurani akan memberitahu jika si dia itu adalah orang yang sesuai untukmu atau tidak. Kerana hati nurani bukan hanya menilai rupa paras, tetapi menilai komitmen dan tanggungjawab. Menilai keikhlasan dan kesungguhan dalam memperjuangkan cinta. Menilai perkara2 tidak kelihatan yang Tuhan nyatakan di dalam hati masing2.
Cinta sejati bukan cinta paksaan. Tuhan tidak semestinya memberikanmu pasangan persis seperti yang kamu inginkan. Orang yang kamu cintai itu mungkin punya kekurangan itu dan ini kerana Tuhan dan kamu juga tahu jika dirimu juga tidak sempurna. Tetapi Tuhan pasti akan memberi pasangan yang sepadan denganmu kerana yang sepadan itulah cinta yang sempurna.
"Jangan memaksa cinta yang tidak padan,
kerana ketidakpadanan itu akan menyebabkan
kesakitan dan kesengsaraan yang berpanjangan..." -Ison







6 Nakapangkis:
yang pasti, mesti ada damai dalam hati kita apabila ternyata itulah utk diri kita.
apapun masalah di hadapi jika memang itulah dia, pasti melalui komunikasi bersama ia selalu akan dapat menemukan jawapan yg mendamaikan hati bersama.
rasanyalah hehehe
cinta yg sejati memang sukar dicari...wahhhhh... :-)
ison; mohon share sebagai renungan bersama...
bagaimanakah gambaran yang praktikal tentang Cinta Sejati tersebut? saya mempunyai gambaran tersendiri tapi saya tidak tahu bagaimana pandang sudut orang lain pular??
cinta sejati 'Kasih bukan paksaan' - topik yg sangat menarik..saya tunggu sambungan siri yg seterusnya spt yg dicadangkan oleh surinit dan Momogun di atas:)
Baru dapat mengomen hari ni. hehe...
Momogun> saya berpendapat cinta sejati yang praktikal harus dimulai dengan rasa damai di dalam hati. :)
Surinit> share nopo sbg renungan bersama. :)
Mimie> Hehe... bah, bertemu di episode seterusnya. ;)
Shalat Istikharah yang lebih mantap. :)
Post a Comment