Apa khabar para pembaca sekalian? Moga semuanya dalam keadaan yang baik. Kita masih berada di awal tahun 2011 dan tentu sekali masing2 sudah sibuk mengorak langkah melaksanakan semua prancangan untuk sepanjang tahun ini. Saya doakan agar kita semua dapat mengecapi kejayaan yang diharapkan.
Sudah satu bulan saya tidak menulis di sini dan ini merupakan posting saya yang pertama untuk tahun ini. Saya memohon maaf kalaulah ada yang sentiasa ternanti2 tulisan saya yang terbaru :). Kalau hendak dikatakan sibuk, kita semua memang sibuk. Di tambah lagi dengan sambutan perayaan Natal dan Tahun Baru di sepanjang bulan Disember tahun lalu. Secara peribadi memang banyak perkara yang saya perlu bereskan, terutama sekali melibatkan usaha saya ketika ini. Tapi apa pun, seperti yang saya selalu katakan, "life must go on..."
Terima kasih di atas sokongan semua pihak terutama di kalangan ahli keluarga yang setia berdiri di samping saya dan kawan2 yang memahami. Ucapan syukur yang tak terhingga kepada Tuhan kerana Dialah yang memungkinkan segala sesuatu dapat dilakukan dengan berhasil. Seperti kata pepatah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Banyak perkara yang berlegar di sekitar kita. Dari bencana alam kepada isu politik, enokomi, dan gejala buruk sosial yang terus berleluasa. Bilakah semua ini akan berakhir dan keadaan menjadi semakin baik? Mungkin tidak akan ada penyudahnya pun sehinggalah dunia ini berakhir. Oleh itu sebaik2nya yang dapat kita lakukan ialah menikmati hidup sambil terus bersandar dan berharap kepada Tuhan.
Kita boleh penat dan stres kerana menghadapi banyak hal yang sukar, tetapi ambillah waktu untuk bertenang dan menghargai hidup. Jika keadaan tidak memihak kepada kita, pujilah Tuhan kerana masih memberikan kita hidup untuk diperjuangkan. Jika kejahatan menimpa bertubi2, bersyukurlah kerana masih berpeluang melakukan kebaikan. Bersyukurlah jika kita masih dapat bertanya 'kenapa' terhadap banyak perkara dalam hidup ini, kerana ada orang yang tidak tahu pun kenapa dan bagaimana harus bertanya.
Tahun 2011 tidak pernah menjanjikan segalanya baik untuk kita. Banyak ramalan (ada yang baik dan ada yang buruk) yang kita dengar dan baca, tetapi ramalan tetap sekadar ramalan. Hakikatnya hari esok masih tetap menjadi misteri sehinggalah kita melewatinya. Remember this famous quote, "yesterday was history, tomorrow is mystery, and today is a gift, that's why it called 'present'.
Therefore my dear friends, forget your past, don't worry about tomorrow and live for today! I wish everyone a very blessed and wonderful year 2011.






9 Nakapangkis:
ya..mmg tulisanmu dinanti2kan bro:) May this new year bring u the best of everything! God bless u.
thanks for the sharing bro. God bless.
thanks mimie, joe.. wish you two the same. :)
you are invited to follow my blog
Thanks for the visit and invitation Steve. I've visited your site and had left my 'footprints' there. Take care and see you around the net. :)
I have added myself to follow your blog. You are more than welcome to visit my blog and become a follower also.
Ok Stan, thanks ya. Love reading your blog..
yes... like a show!
Thanks for sahring:)
Post a Comment