![]() |
| Foto oleh: Alva Lavinda (dengan izin) |
Banjir ini salah siapa? Memang banyak kesalahan jika kita mahu mencari salah. Ada yang menyalahkan para pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan kerana seperti hanya goyang kaki. Hanya sibuk ketika banjir melanda. Itu pun hanya untuk memindahkan para penduduk ke penempatan sementara. Adakah itu mencukupi? Di manakah kajian perparitan dan saliran serta cadangan2 penambahbaikan ditempatkan? Apakah usaha yang sudah dilakukan dan sejauh manakah keberkesanannya?
Tetapi sementara tampaknya para pemimpin yang hebat dipersalahkan, kita juga jangan lupa melihat perubahan ekosistem setempat yang berlaku. Pembukaan hutan untuk tujuan pembalakan dan pertanian (oleh syarikat atau persendirian) dengan berleluasa tanpa had dan kawalan, bukankah juga antara faktor penyebab yang penting untuk diperhitungkan. Kebanyakan bukit di Kota Marudu sudah gondol. Kawasan tanah pamah usah disebut lagi; semuanya sudah dibuka untuk penempatan, pertanian, penternakan dan sebagainya.
'Jenama' Kota Marudu pula kerap terpampang di dada akhbar2 tempatan. Amat memedihkan hati dan memalukan untuk ditatap dan dibaca. Tentu masih segar dalam ingatan kita kejadian menyayat hati seorang gadis pelajar UMS yang telah dirogol dan dibunuh tidak lama dulu. Selepas itu menyusul pula beberapa lagi kes rogol melibatkan remaja dan bahkan ada bapa yang sanggup meratah tubuh anak gadisnya sendiri. Semua itu bukan dilakukan oleh PATI, tetapi anak2 watan Kota Marudu sendiri!
Menurut pengamatan saya, kehidupan penduduk daerah Kota Marudu kini tidaklah sedaif seperti dulu lagi. Tetapi kedaifan akhlak pula yang semakin menjadi2. Pergaulan bebas dan perbuatan maksiat semakin menjadi2 di merata tempat. Sebahagian penyebabnya ialah kerana ibu bapa terlalu sibuk sehingga anak2 lebih banyak dididik dan dibesarkan oleh pembantu rumah atau orang lain. Anak2 pula semakin tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa dan ajaran baik agama masing2 semakin dilecehkan.
"Mungkin Tuhan mulai bosan... melihat tingkah kita... yang selalu salah dan bangga dengan dosa2... Atau alam mulai enggan... bersahabat dengan kita. Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...", Bicara Ebiet G. Ade dalam lagunya 'Berita Kepada Kawan'.







5 Nakapangkis:
"Banjir ini salah siapa? "
aya aman.. kan banjir hukum alam.. kalo g2 salah Tuhan la kn heheh... jan kau g2 ba.. xtingu berita ka??? kota marudu, pitas, kudat dn sndkn diramalkn hujan tahap jingga..
Terima kasih anonymous...
Tulisan ini hanya sekadar brainstorming. Setuju tidak setuju terpulanglah kepada individu masing2 untuk menghayati maksud yang hendak disampaikan.
Padanlah banjir itu dinamakan hukum alam kerana Tuhan memang mengizinkan alam menghukum apabila penghuninya tidak menghargai dan memelihara alam.
tapi mangsa2 banjir sekarang senang hati juga bah kerana kena bagi makan dan wang ehsan lagi, nah disebabkan wang ehsan itu lah rumah belum pun dimasuki air sdh berebut2 pindah ke pusat pemindahan, siapa juga tdk mau duit bah bagus kalu sikit antara RM200 - RM750 baitu -:d
i don't think all the mangsa banjir are happy to get the the $$,beside and not all the mangsa get the $$, my kampung people never get!
last week km flooded again, and my place (never flooded before )flooded with 3 -7 fts deep of water. It came really fast about 6 pm,and it caused major loss/damaged of our house stuffs.Thank God that its not reach the upper floor of the house .
Yes flood is natural disaster but like oson said act of human changes the ecosystem too.........
sangat lain cara berfikir..adakah berbaloi hanya dapat 200 ratus sebagai wang ehsan mangsa banjir...sangat2 lain
Post a Comment