"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." -Albert Einstein

HACHI SI ANJING SETIA

Thursday, February 10, 2011

A Dog's Story
Malam tadi saya bersama isteri menonton filem A Dog's Story melalui siaran Astro saluran HBO. Filem drama Amerika yang telah dihasilkan pada tahun 2009 ini merupakan adaptasi filem kisah benar dari Jepun, Hachikō Monogatari (1987), yang mengisahkan tentang kesetiaan seekor anjing terhadap tuannya dan bagaimana hubungan mereka telah menyentuh hidup ramai orang.

Profesor Parker Wilson (lakonan Richard Gere) telah menemui seekor anjing 'tidak bertuan' di sebuah stesen keretapi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Dia kemudian membawa anjing tersebut balik ke rumah dan bercadang untuk memulangkan semula kepada tuan yang mungkin akan mencarinya di stesen keretapi berkenaan pada keesokan hari. Malangnya tidak ada sesiapapun yang menuntut anjing tersebut.

Dipendekkan cerita, anjing yang bernama Hachi itu akhirnya dipelihara oleh Parker dan 'persahabatan' mereka menjadi begitu akrab. Setiap hari Hachi akan 'menghantar' tuannya ke stesen keretapi dan memperhatikannya sehingga selamat menaiki keretapi sebelum beredar. Pada waktu petang Hachi akan kembali ke tempat itu untuk menunggu tuannya keluar dari keretapi yang dinaiki dan mereka berjalan pulang ke rumah bersama2.

Pada suatu hari Hachi cuba 'menghalang' Parker untuk keluar bekerja, tetapi tuannya itu tetap meneruskan juga perjalanan ke tempat kerja. Ketika Parker memberikan kuliah muzik pada hari itu, dia mengalami serangan jantung secara mengejut dan meninggal dunia dengan serta merta. Sementara itu Hachi seperti biasa menunggu kepulangan tuannya di stesen keretapi.

Walaupun Parker tidak akan pernah muncul lagi, Hachi tetap meneruskan rutin penantiannya selama sepuluh tahun di tempat yang sama, setiap hari, sehinggalah pada suatu malam dia datang untuk 'merehatkan' diri di tempat tersebut. Malam itu Hachi 'tidur' di situ buat selama2nya. Di dalam mimpi, Hachi melihat Parker akhirnya muncul mendapatkannya, sebelum roh mereka kelihatan terangkat ke syurga.

Ketika hayatnya, Hachi telah menyentuh hidup ramai orang yang tinggal dan bekerja di sekitar tempat dia menunggu tuannya. Hachi telah mengajar mereka erti kasih sayang, belas kasihan, dan kesetian yang sejati. Hari ini, sebuah patung Hachi (Hachiko) yang diperbuat daripada tembaga tersergam indah di tempat menunggu tuannya di luar stesen Shibuya, Jepun, sebagai satu peringatan terhadap kasih setianya yang luar biasa.

Sila klik di sini untuk membaca plot cerita yang lengkap tentang Hachi: A dog's story atau lihat program siaran HBO untuk menonton siaran ulangannya di Astro.

5 Nakapangkis:

Anonymous said...

sy pn tingu jg tu movie.. best la..

IsOn said...

sya suka kata2 prof ken (kawan karib prof. parker kepada Hachi... "If Hachiko must wait, then Hachiko must wait."

Anonymous said...

no wonder dog is called 'man best friend'...if u like this kind of stories u should read " The Story of Edgar Sawtelle".

IsOn said...

Thanks for the sharing mr/ms anonymous. I've read the plot summary of this book in wikipedia. interesting story.. will try to look for the real book. ;)

inanur@TH said...

Saya pun tengok juga.
Filem yang sangat menyentuh perasaan.