Enam bulan yang lalu saya telah meletakkan widget soal selidik daripada Advertlets.com untuk mendapatkan data demografi pembaca blog ini. Berikut adalah laporan ringkas analisis data yang diperolehi;
68% pembaca blog ini merupakan golongan wanita berbanding lelaki yang hanya 32% daripada keseluruhan pembaca (hmm... ;/). Dari segi umur pembaca, 59% merupakan mereka yang berada dalam lingkungan umur 21-30 tahun, diikuti oleh kumpulan umur 31-40 tahun iaitu sebanyak 23%. Pembaca berumur 20 tahun ke bawah dan 41 tahun ke atas pula masing2 hanya mencatat peratusan sebanyak 9%.
Menurut data yang diperoleh, 23% daripada pembaca blog ini merupakan golongan profesional diikuti oleh golongan pelajar sebanyak 18% dan freelencer sebanyak 14%. Para eksekutif, pengurus, dan pengusaha pula masing2 mencatat nilai sebanyak 5%. Walau bagaimanapun majoriti pembaca blog ini sebenarnya terdiri daripada mereka yang tidak bekerja iaitu sebanyak 32% (hmm... ;\). 59% pembaca memiliki blog sendiri berbanding 41% yang hanya menjadi pembaca setia.
Kesimpulan mudah yang dapat saya rumuskan daripada analisis data di atas ialah; kebanyakan pembaca blog ini merupakan golongan wanita (68%) dalam lingkungan umur 21-30 tahun (59%) yang mungkin sedang mencari pekerjaan (32% tidak bekerja). Mereka mungkin juga terdiri daripada para suri rumah yang telah menyatakan maklumat pekerjaan sebagai 'tidak bekerja' dalam borang maklumat kerana tidak ada kategori jawapan suri rumah di situ. Last but not least, ;) oleh kerana blog ini juga bercerita hangat tentang kisah cinta, maka mereka juga mungkin para gadis (21-30%) yang memang tidak bekerja dan sedang menantikan kehadiran cinta sejati. Hehe... ;p
Penafian: Analisis data di atas mungkin bukanlah gambaran sebenar taburan demografi pembaca blog ini kerana daripada sebanyak 6444 lawatan (purata 36 lawatan sehari) ke blog ini sepanjang enam bulan yang lalu hanya 23 orang pembaca yang telah mengambil bahagian dalam survey di atas. :D






0 Nakapangkis:
Post a Comment