"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." -Albert Einstein

KASIH IBU

Saturday, May 7, 2011

"Lain kali jangan lagi melawan cakap mama ah Ison." Kedengaran suara lembut ibu memecah kesunyian. Tangannya masih lagi merawat belakang, kemudian mengusap rambut saya. Saya hanya mengangguk akur, lalu memeluk ibu (Klik di sini untuk membaca cerita asal).

Saat itu saya diajar erti kasih sayang ibu terhadap anaknya. Saat itu saya mengerti jika larangan ibu bukanlah sesuatu yang harus diingkari oleh anaknya, dan kemarahan ibu juga bukanlah sesuatu yang perlu didendami oleh anaknya; 

Ibu yang sejati akan memarahi anaknya yang berbuat salah. 

Ibu yang sejati akan mendidik anaknya dengan sedikit kesakitan 
sebelum anak itu terjerumus ke dalam penyakit akhlak 
yang akan membinasakan hidupnya di kemudian hari.  

Ibu yang sejati sentiasa tahu waktu yang tepat 
untuk mencurahkan kasih sayang kepada anaknya. 

Ibu yang sejati akan menjadikan seorang anak melihat dirinya 
sebagai wanita terbaik yang sentiasa dirinduinya. 

Itulah kehebatan seorang wanita bernama ibu

Dengan hati yang tulus ikhlas saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua rakan pembaca Kimaragang Wagu. Apa pun keadaannya hargailah ibu kita masing-masing kerana kita tidak mungkin ada di dunia ini kalau bukan 'melalui' ibu. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

0 Nakapangkis: