"Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." -Albert Einstein

BINTANG BERSINAR DI BUMI SABAH

Friday, January 13, 2012

Sama ada kita sedar dan mengaku atau tidak, hakikatnya banyak hak negeri dan rakyat Sabah yang sudah lama diabaikan. Negeri Sabah dari sebuah 'negara' yang kaya menjadi negeri yang termiskin di Malaysia. Bahkan dikatakan berhutang pula lebih RM82 bilion dengan kerajaan pusat sejak 2006. What is this non-sense? Sabah menghantar sekitar RM30 bilion setahun kepada kerajaan pusat hasil sumber dan cukai negeri ini, tetapi hanya diberi peruntukan sekitar RM3 bilion setahun. Where is the logic?

Sabah dari sebuah negeri yang tidak ada bangsa Melayu sebagai penduduk asli, tiba2 ada lebih 300 ribu bilangannya pada hari ini. Jangan membuat andaian bahawa kenyataan ini bermaksud anti-Melayu. Persoalannya ialah siapakah sebenarnya 'Melayu Sabah' ini? Adakah mereka ini sememangnya orang2 Melayu dari Semenanjung yang datang ke negeri ini lalu 'membiak' 10 kali lebih cepat berbanding bangsa asli di Sabah? I doubt it. Populasi Sabah pada hari ini hanyalah dalam lingkungan 3.2 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 1.5 juta orang merupakan penduduk asli Sabah, manakala 1.72 juta orang lagi merupakan warga asing, dari yang PTI sampailah kepada yang memiliki taraf kependudukan tetap dan 'Melayu' baru. Project IC? Who done it? Federal Department: NRD? BN government? Who is the 'man' in BN? UMNO. Yes! You got it.

Negara Jepun sebenarnya lebih dekat dengan Sabah berbanding Semenanjung Malaysia. Tetapi kapal kargo barang2 import dari Jepun mesti berlabuh di Pelabuhan Klang terlebih dahulu, kemudian kapal kargo milik Malaysia yang akan menghantar barang2 import itu ke Sabah, menjadikan harga kereta Nissan Frontier beribu lebih mahal di Sabah berbanding di Semenanjung (?). Sabah juga merupakan pengeluar getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia. Tetapi kita menjual bahan mentah dengan harga yang murah kemudian membeli pula produk getah dan kelapa sawit dari Semenanjung Malaysia, sekali lagi, dengan harga yang lebih mahal (?). All because of Cabotage System, made everything must be expansive in Sabah except one, the people votes. This is why Sabah is called the fixed deposit. I guess we are happy with that label, are we?

Usia negara kita akan mencecah 49 tahun pada 16 September tahun ini (2012). Sejak penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah sudah ditadbir oleh kerajaan BN kecuali beberapa tahun kerajaan PBS sebagai pembangkang sebelum UMNO masuk ke Sabah. Sejak itu, landskap politik dan sosio-ekonomi Sabah sudah berubah. Berubah lebih baik? No no no... Sejak itu, peribumi Sabah sebenarnya semakin kehilangan hak di bumi sendiri. Peruntukan yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keluasan negeri Sabah telah menyebabkan kelembaban pembangunan negeri. Ketirisan dalam pengurusan pengagihan peruntukan dan pelaksanaan projek2 pembangunan menambah penderitaan rakyat.

Banyak jalan raya yang sepatutnya bertaraf highway lebih teruk keadaannya berbanding jalan2 kampung yang terdapat di Semenanjung. Tanah warisan turun-temurun dengan sewenang2nya diberikan kepada syarikat2 mega sehingga penduduk asal dihalau keluar. Ke mana mereka harus pergi? Ramai anak2 yang tidak 'habis' sekolah kerana dihimpit kemiskinan. Peluang belajar di peringkat lebih tinggi juga terbatas (atau sebenarnya sengaja dibatasi?). Para graduan pula ramai yang menganggur kerana peluang pekerjaan di negeri sendiri amat sedikit. Walhal 'Sabah Negeri Merdeka'. Benarkah kita merdeka? Atau sebenarnya merdeka hanya pada nama, sedangkan hakikatnya kita kehilangan kuasa di tanah air sendiri.

Siapakah yang akan membela nasib kita? Siapakah yang akan memperjuangkan hak kita? Kalau kita sendiri tidak mula mengorak langkah sekarang untuk bangkit berjuang, kelak kita hanya akan menjadi sasaran maki hamun dan sumpah seranah anak2 dan cucu-cicit kita kerana tidak membela nasib mereka. Sebelum itu terjadi, ayuhlah kita sama2 bangkit berjuang. Kita bergerak menyedarkan rakyat tentang hak mereka. Kalau tidak mampu ke mana2pun, berjuanglah di kalangan ahli keluarga dan saudara-mara terdekat anda. PRU akan datang adalah kesempatan kita untuk menuntut kembali hak kita yang semakin terhakis. Kalah atau menang, kita tidak akan rugi apa2 atas kebangkitan kesedaran ini. Katakan, "Saya Tidak Akan Rugi." (STAR). Undilah parti dan pemimpin yang sungguh2 mahu membela nasib dan hak kita.

Marilah kita bangkit bersinar. Perjuangan memang banyak cabaran dan rintangannya. Tetapi kita harus percaya pada perjuangan yang jujur dan benar kerana Tuhan sentiasa berpihak kepada orang2 yang sedemikian. Menurut kepercayaan kita masing2, marilah kita sama2 memanjatkan doa demi kemerdekaan yang sejati untuk negeri kita. Semoga Tuhan Ada Rencana (STAR) yang indah buat negeri di bawah bayu ini dan buat kita semua, warga asli di bumi bertuah ini. Ini kalilah! Bintang bersinar di bumi Sabah.

0 Nakapangkis: