Thursday, November 5, 2009

SABAH NEGERI MERDEKA?

Salah satu prasyarat utama Sabah bersetuju untuk menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 ialah Sabah akan kekal diperintah secara autonomi. Dewan Undangan Negeri Sabah telah diberikan hak dan kuasa untuk menentukan dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri.

Persoalannya, sejauh manakah kuasa autonomi ini benar2 wujud di Sabah? Adakah para pemimpin Sabah khususnya sekarang masih bersemangat untuk mendapatkan kuasa autonomi ini atau hanya seperti hangat2 tahi ayam? Dan apakah rakyat Sabah sendiri juga masih mahukan kuasa autonomi ini?

Daripada senarai di atas, satu-satunya yang masih nampak sedikit autonomi pada ketika ini ialah imigresen Sabah. Itupun hanya tertumpu kepada pas yang perlu dimiliki oleh penduduk Malaysia bukan Sabahan sebelum memasuki Sabah. Itupun juga dipertikaikan oleh banyak pihak terutamanya oleh para pemimpin dan penduduk Malaysia luar Sabah yang jahil terhadap sejarah pembentukan Malaysia.

Alasan yang sering dikemukakan ialah pas tersebut kononnya menyukarkan proses perpaduan. Mereka lupa bahawa suami isteri yang tinggal sebumbung pun ada yang tidak 'berpadu'. Sistem bukan penghalang perpaduan. Perpaduan hanya dapat dicapai apabila pihak yang terlibat saling menerima perbezaan masing2 tanpa rasa curiga yang mengancam keselamatan dan ketenteraman.

Ketika penubuhan Persekutuan Malaysia, hanya Sabah yang menghantar memorandum persetujuan kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak) yang mengandungi 20 perkara seperti yang sering disebut orang. Sarawak tidak menghantar, tetapi pada dasarnya bersetuju dengan Sabah. Kenapa politik Sabah harus 'diceroboh' oleh kerajaan pusat sedangkan Sarawak tidak? Jawapannya amat mudah, untuk menggagalkan kuasa autonomi Sabah.

Hari ini, nasib dan masa depan Sabah masih dalam dilema. Hak autonomi Sabah dirampas. Bahkan kekayaan Sabah semakin kering disedut keluar, sedangkan anak watan Sabah sendiri terus menderita penghinaan kemiskinan dan kemunduran. Saya tidak menafikan bahawa sebahagian kemusnahan itu disebabkan oleh ketamakan segelintir kalau bukan kebanyakan pemimpin Sabah sendiri.

Lagu Sabah Tanah Airku masih sering dinyanyikan, menceritakan autonomi Sabah, tetapi adakah kita benar2 telah 'Merdeka Sepanjang Masa'? Saya masih melihat rakyat Sabah menjadi hamba di bumi sendiri. Cuba kita hayati senikata lagu 'Sabah Tanah Airku' dan masing2 tentukan sama ada cerita ini adalah sebuah hakikat atau hanya dongeng si Luncai.

Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

http://kimaragangwagu.blogspot.com
Continue Reading...

Monday, November 2, 2009

SAHABAT SEJATI: Hidup Umpama Roda

Kata orang, hidup ini umpama roda. Lalu saya teringat cerita tentang sebuah roda; Sang roda sebagai metafora kehidupan.

Ada sebuah roda yang tidak sempurna bentuk kerana ada bahagiannya yang tidak lengkap. Disebabkan oleh ketidak sempurnaan tersebut, roda itu berputar dan bergerak dengan perlahan. Di sepanjang perjalanannya, dia sempat berkawan dengan rumput2, pepohon dan segala hidupan di kiri dan kanan laluannya.

Namun roda itu tidak puas dengan segala persahabatan dan kemesraan bersama teman2 yang dikenalinya di sepanjang jalan kehidupan. Dia ingin mencari kesempurnaan diri agar dapat memiliki kepuasan hidup dan dengan itu dia berpendapat lebih ramai sahabat yang akan menyukai dan menghormatinya.

"Mungkin hidup ini lebih baik kalau aku sempurna." Bisik suara hati sang roda.

Maka bermulalah pencarian bahagiannya yang tidak ada itu. Roda itu terus bergerak mencari kesempurnaan diri, sehingga pada suatu ketika dia bertemu dengan sesuatu yang dia fikir diperlukannya. Dia mengambilnya lalu melengkapkan diri. Sang roda sangat gembira kerana kini dia sudah kelihatan dan berasa diri sempurna.

Oleh kerana bentuknya begitu sempurna, maka sang roda mula bergerak dengan begitu laju sekali tanpa sempat menoleh ke kiri atau ke kanan. Kepantasan pergerakkannya tidak lagi memungkinkannya berpeluang untuk menikmati suasana persekitaran di sepanjang perjalanannya. Dia sudah lupa tentang rumput2 dan pepohonan di tepi jalan. Dia tidak lagi perasan kicau burung dan gemercik air di sungai.

Pada mulanya roda itu berasa bangga dan hebat, tetapi lama-kelamaan dia semakin berasa sunyi dan sepi. Bukan tidak ada lagi yang ingin bersahabat dengannya. Bukan tidak ada lagi yang menyukainya, tetapi kesempurnaan yang dianggapnya itu telah menjadi tembok dan jurang yang memisahkannya daripada para sahabat. Sang roda menyedari bahawa kesempurnaan yang dianggapnya itu semakin membuatkan dirinya berasa kosong dan hampa.

"Mana mungkin kesempurnaan memerangkap aku dalam dunia sendiri yang sepi." Hati kecil Sang Roda berbisik sekali lagi.

Akhirnya sang roda mengambil keputusan untuk membuka bahagian yang dianggap telah menyempurnakan dirinya itu. Dia kembali bergerak perlahan, dan mendapatkan semula semua sahabatnya. Kini dia sedar bahawa di dalam persahabatan bukan kesempurnaan diri yang penting, tetapi keakraban yang terjalin walaupun diri tidak sempurna dan serba kekurangan.

Tidak ada yang sempurna di dunia ini. Ada rumput yang berduri dan ada yang tidak. Pepohon juga ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada yang berbunga lalu berbuah dan ada yang tidak. Burung2 juga ada yang mampu terbang tinggi dan ada yang hanya mampu terbang rendah. Siulannya juga tidak sama.

Namun semua ketidaksempurnaan itulah yang membentuk dan mewarnai kehidupan ini, kerana jika semuanya sempurna, tidak ada lagi keperluan untuk bersahabat. Tidak perlu lagi ada kesatuan dan tidak perlu lagi saling memperhatikan serta tolong-menolong antara satu sama lain. Tetapi hidup di dunia yang fana ini bukan begitu. Hakikatnya, kita perlukan sahabat untuk memahami dan menikmati hidup, kerana di dalam persahabatanlah kita dapat saling mengenali peribadi kita masing2, dan kita saling melengkapi.

Para sahabat, andai kata kita memiliki seorang sahabat yang kelihatannya tidak sempurna, terimalah dia, kerana kelebihan lain yang ada pada dirinya, mungkin itulah yang kita sendiri perlukan untuk melengkapi diri kita yang juga tidak sempurna. Jika kita melihat kepincangan pada diri seorang sahabat, papahlah dia berjalan bersama, kerana mungkin kekuatan batinnya lebih baik dari kita.

Sebaliknya pula, janganlah kita menganggap bahawa diri kita sendiri sudah sempurna dan tidak lagi memerlukan sahabat, kerana sesungguhnya seorang sahabat adalah saudara yang menaruh kasih di setiap waktu, dan menjadi saudara di dalam kesusahan. Hidup di dunia ini hanya sekali, dan tempohnya juga tidak panjang. Ada waktu dan kesempatan yang terbaik, bersahabatlah, dan hargailah setiap sahabat kita.

Nota: "Heaven and hell only divided by the wall of friendship. The Satan doesn't want us to be his friends. He only wants us to worship him and be his slaves. God decided to be our friend, and we worship Him because He was and is our true friend." -Odesh Nells
Continue Reading...

Friday, October 30, 2009

BELAJAR BOROS KIMARAGANG

Dulu saya pernah postkan artikel tentang salah satu perkataan dalam BM yang diKimaragangkan iaitu alamas dari perkataan lemas. Perkataan itu telah menjadi sebutan yang amat popular sekali dengan pelbagai makna tersirat.

Kali ini saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mempelajari beberapa perkataan dalam boros Kimaragang yang hampir sama sebutannya tetapi mempunyai maksud yang berbeza sekali. Contoh perkataan2 tersebut ialah;

1. Manamol: Menangkap ikan di sungai menggunakan tangan. Kaedah ini Biasanya digunakan untuk menangkap ikan di bawah tebing sungai, di tempat yang berlumpur, atau di celah2 akar2 kayu di tebing sungai.

2. Mangamol: Menekan sesuatu dengan jari. Kata perbuatan ini biasanya merujuk kepada perbuatan seseorang untuk menentukan buah2 tertentu seperti mangga, tarap, dan cempedak sama ada sudah masak atau tidak.

3. Mongomol: Meramas. Rasa2nya tidak perlu penjelasan yang panjang lebar kerana semua orang pun tahu apa maksud meramas. Perbuatan ini juga biasanya akan menyebabkan seseorang menjadi alamas. Haha... :D

Selain daripada sebutan yang hampir sama, persamaan lain perkataan2 di atas ialah semuanya adalah kata perbuatan menggunakan tangan/jari. :D

Ada satu lagi perkataan yang hampir2 sama bunyinya dengan perkataan2 di atas, iaitu mangamul. Perkataan ini juga adalah kata perbuatan yang merujuk kepada perbuatan makan gula2 dan makanan lain seumpanya. Kada kow kalamas kiawi ki. Haha... :D

Nota: Bahasa jiwa bangsa. Jangan hilangkan jiwa bangsa Kimaragang.
Continue Reading...

Monday, October 26, 2009

WALAI PISOMPURUAN DATON

Kopiwosian kumaa kinoruangan kikiawi dit kaarati dot boros Kimaragang. Mumbal po mimbongut kembagu iti monuturan sabat2 kowoowoyoon tulun tokow.

Mogulu po mongucap tahniah oku po khususnya bagi dit tongo AJK penaja tu nokolulus no diri it pendaftaran dot Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG) tontok 10 September 2009. Aku i yoku nakadorungu baabanar tinumabang sino dino nga maya-waya i ot sukungan ku nunu nopo ot awasi untuk kengkakatan diti tulun tokow.

Oreetan ku iti kengkakatan dot tulun tokow kangku, waro i dati o wokon kopomusorow dot obuburuwak yaalo mooboros owo ka. Nunu taamu kopongitung ugu dino dot kaadaptar diti persatuan om turus boroson dot popengkakat dot tulun Kimaragang kabarasan. Agayo om asawat banar ino boros dino. Opusus i gam diti persatuan diti? Sadangkan waro no persatuan dang Kimaragang wokon sebelum diti nga mad ko aso i tantu kinengkakatan dot tulun tokow maya dit persatuan diri. Sampod peti tu kadaptar. Ino ong it pongitungan dit amu 'constructive' ka dit panambarasan dot Urang Puti bo.

Engin oku mangangat dikoo tongo obpinee mongitung dot kukuro kotutubuh diti persatuan wagu diti. Mokimaap oku ong waro boros ku dot amu atarang om koponguukuwo dot koruang sebelum diti om iti makaa, nga ugu ko it opiboros kuno sebelum diti, aso i ot pongitungan ku mangaraag disai om isai. Nokopokituturan oku tongo kinoruangan AJK penaja diti KIMARAGANG dit piipiro tadau notoliban. Adi awasi i dati kangku nono ong mangan ku poboroso sabat2 siti tuwa dot pongitungan tongo kinoruangan.

It tiya 15-17 Ogos 2008 waro labaan 30 tulun Kimaragang dit obuli boroson dot ongo pipintar i tu rata2 nga kiongo palajaran kiawi om kiongo pangkat i o wokon miniuumpug silod Torongsoko Resort, minitaatamba dot pongitungan om miniupakat kukuro gama palabus diti tongo tulun Kimaragang mantad sid kemiskinan om kukuro terus popengkakat sid pelbagai bidang om sudut. Kopupuson, waro diri it rineetan dot Deklarasi Torongsoko ka.

Waro pipiro biro nopiupakatan sebagai wayaan gumama papalaksana dit deklarasi dino. Nga nopurimanan dot tongo kinoruangan khususnya it pengerusi seminar om deklarasi kondiri dot oporolu waro iso persatuan ponokowalai diti pergerakan wagu diti. Mongiingitung tongo kinoruangan ong kadapat ko amu iti tongo persatuan maantad peyanan diti deklarasi, nga apagon kopupurimanan (todoso siti tuturan ku leed pasal persatuan2 Kimaragang). Adi miniupakat diri dot awasi ong mangagama dot persatuan wagu ka.

Iri no diri ri, tantakan dit 1-3 Mei 2009, miniuumpug diri kembagu tongo kinoruangan sid Labuan, gisom noputusan dot menubuhkan iso persatuan wagu pinungaranan dot Pertubuhan Kimaragang Malaysia (KIMARAGANG), om no'realisasi' no diri ti makaa tu nokolulus no pendaftaran sid ROS.

Sadi ong ipo pinibaabarasan dagai, khususnya i tuan presiden penaja diti KIMARAGANG, aso i ot oreetan dialo dot iti nopo KIMARAGANG diti nga sumaing dit tongo persatuan maantad. Koginawaan nogi ong mitaatabang iti tongo persatuan om terus berjuang maya dot fokus masing2. Siongo nopo it opurimanan dot waro kopiguguon na iiman no dot ralan supaya amu kopiulok dot takod om kopikoruol.

Poompusan ku diti tuturan ku biano, nunu nopo song persatuan ino nga miaatur tokow no tawawasi, tu okukudik tokow diti sitid pomogunan, kurang lebih 50,000 no dati. Nga minsan ko 50 no tulun ong sukur miiso ginawo om misoosokubang aso taatarati dino 50,000 tulun ong misusuwai no ot ginawo om miindaraat. Tatap waro ralan sid kowosian to ong opipit mogiim dot ralan piseesaan. Pensibaan nopo sabat pogi ot ginawo om amu i mokitutulu nopo. Waro kasampatan tawasi, miowoli i sompori ong engin no banar sumiliw dot tulu. Amu no kukuoyon ong amu no orikot ino kasampatan tawasi dino. Sukur kamaju po ot tulun tokow, Kimaragang. Amu gam banar tongo obpinee? :)

Nota: Bacaa dikoo siti maklumat penting pertubuhan KIMARAGANG.
Continue Reading...

Saturday, October 17, 2009

KEPENUHAN YANG SEJATI

"I feel my life is empty, even though I have everything..."

Seorang sahabat (maya) mengajukan saya pernyataan di atas. Dia menerima pernyataan itu daripada salah seorang sahabatnya. Lalu dia bertanya samada saya bersetuju atau tidak, dan apa pendapat saya mengenainya. (Sila rujuk 'Kadai Sup Pituturanan' (shoutbox) pada 16.10.09, perbualan di sekitar jam 4-5pm).

Saya memberitahu bahawa saya akan memuatkan artikel mengenainya. Saya tidak melewatkan sangat jawapan/ulasan saya kerana manalah tahu jawapan yang bakal saya berikan ini dapat membantu memenuhi jika tidak banyak pun sedikit kekosongan yang sahabat kepada sahabat saya itu rasakan. So here 'are' my answers.

Sekilas baca, saya boleh merumuskan bahawa pernyataan di atas datangnya daripada seseorang yang sedang mengalami kekecewaan atau ketidakpuasan hati dalam atau dengan hidupnya. Boleh jadi juga daripada seseorang yang telah mengalami kehilangan atau seseorang yang tidak mengerti atau mempunyai tujuan hidup. Kemungkinan lain ialah, pernyataan itu mungkin sengaja diajukan hanya bertujuan untuk mengetahui isi hati dan corak pemikiran orang yang menerimanya (termasuk saya). Not a problem. :) An idea is not an idea unless you share it with others. And I'm happy to share my thoughts to anyone interested.

Jika pernyataan itu datangnya daripada seseorang yang mengalami kekecewaan, ketidak puasan hati, atau kehilangan, maka perasaan seperti itu normal selama dia berada dalam keadaan penerimaan dan pemulihan. Ia hanya menjadi tidak normal apabila perasaan itu 'dipertahankan' terlalu lama sehingga menyebabkan seseorang itu mengalami apa yang dipanggil sebagai masalah kemurungan.

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut jika pernyataan itu berupa satu ujian minda kerana inilah minda saya. :) Saya akan meneruskan ulasan tentang kekosongan dalam erti kata yang sebenarnya.

Seseorang mungkin berkata, "saya sudah memiliki semua perkara dalam hidup, tetapi kenapa saya masih berasa kosong?"

Well, bagi saya, pernyataan itu sendiri telah memberikan jawapannya. Itu bermakna ringkas bahawa sebenarnya dia belum memiliki 'semua' perkara dalam hidup. Perkataan semua yang dimaksudkannya itu mungkin hanyalah merujuk kepada perkara2 materialistik seperti wang ringgit, harta benda dan juga mungkin peribadi (merujuk kepada orang yang disayangi). Tapi apakah itu saja makna 'semua'? Sudah tentu ada lagi perkara yang dia belum miliki atau ingin miliki. Itulah sebabnya masih ada kekosongan yang dirasakan dalam diri.

Saya sudah menjelaskan tentang teori jendela kehidupan sebelum ini. Manusia mengalami kekosongan dalam diri kerana ada ruang di dalam hidupnya yang dia tidak dapat mengerti. Dia cuba mengkajinya secara ilmiah, belajar dari orang lain, tetapi masih ada kekosongan lain. Manusia sudah berusaha untuk memenuhi 'semua'nya dengan mengumpul wang ringgit dan harta kekayaan yang banyak, tetapi masih ada kekosongan itu. Kekosongan itu terjadi kerana hanya Tuhan yang dapat memenuhinya.

Itulah sebabnya ada dikatakan, Tuhanlah jawapan bagi segala persoalan dunia, kerana dunia diciptakan oleh dan melalui Dia. Segala sesuatu di dunia adalah milikNya dan hanya dia yang mengetahui dunia ini dengan sepenuhnya. Tuhan menciptakan manusia dengan jiwa yang merindukan penciptanya. Itulah sebabnya apabila seseorang berusaha mencari makna hidup tanpa percaya kepada Tuhan, lambat atau cepat, hanya jalan buntu yang akan ditemuinya. Manusia memerlukan Tuhan untuk mengisi kerinduan dan makna hidup.

Oleh itu, para sahabatku, bila mana anda berasa kosong dalam hidup, beralihlah kepada Tuhan untuk mendapatkan kepenuhan, kerana sesungguhnya hanya melalui Dia dan di dalam Dia kita mampu memiliki 'semua' perkara yang kita perlukan dalam hidup ini.

Nota: This article is dedicated especially to Emma's friend, and to whom else it may concerned. God bless everyone.
Continue Reading...

Thursday, October 15, 2009

EARN FROM YOUR BLOG

Hi! Hope everyone is fine. This post maybe not so important, but just in case you people are interested. I received this information from a friend of mine sometimes ago but didn't get into it seriously.

I checked my mailbox today and noticed an email from LinkFromBlog, telling me that my other blogs were activated already. So I thought why not share it to everyone. It's very easy and cost free.

No assurance, but I think worth to try. All you need to do is click this banner Sponsored reviews , register and follow the subsequent instructions. Click only if you are interested. No big deal. :)

Take care and God bless everyone.
Continue Reading...

Wednesday, October 14, 2009

A LESSON TO LEARN

Hi! All. Hope you all are fine. Me? Not so well, mentally, but as usual, 'life goes on'.

Makes my life more difficult, last nite, on the way back home from KB to Tuaran, laa... tayar depan kereta pancit!!! At first, I thought it was just the alignment problem when the car keep on swaying to the right. At one point (luckily near Tuaran already), can't hold on my curiosity, I stopped the car and you know la... tayar depan sebelah kanan pancit abis. ??$##!!

Under the dim light of the nearby street light, I acted as though I was the best mechanic in town. I took all available relevant tools in my car. I jacked the car, taken out the spare tyre, and began to unscrew the punctured tyre. Wreck! My box spanner just couldn't get through the nut's hole. I forgot that I already changed the original rims with sport rims some times ago. Very nice looking, but killing me now.

It was already 11.30pm and the lord of miracle to find an opened workshop at that moment. I don't want to disturb anybody's sweet dreams and moments. I was so tired, hungry and sleepy. Finally I decided to call my dear wife to fetch me home.

After sending all my kids to school using my wife's car this morning, I went to the nearby workshop and seek help from the 'tyre-man'. As usual it was an easy job for the expert. He also helps me send back my wife's car and even gave me his phone number, in case I needed him in future. His name is Andrew. A nice and humble guy.

I drove from Tuaran to KB at 10am, knowing that I've learnt my lesson. And now I'm here, in my clinic, typing this story for everyone to take a lesson too.

Moral of the story:

1. Don't simply change your car's rims without knowing if your tools are capable to open them whenever you needed to change tyre.

2. Make sure all basic car tools are available in your car.

3. Don't hesitate to seek for help in time of need.

God bless everyone.
Continue Reading...

Friday, October 9, 2009

KEJAYAAN PASTI TERCAPAI

'Kejayaan Pasti Tercapai' adalah moto sekolah SMK Kota Marudu. Sekolah di mana saya telah menjadi satu2nya pelajar aliran sains yang mendapat pangkat satu SPM pada tahun 1993. Adakah saya mendabik dada? Terserahlah kepada pembaca untuk menentukannya di akhir posting ini.

Sekarang musim peperiksaan besar sekolah menengah. PMR sedang berlangsung, kemudian disusuli pula oleh SPM dan STPM sehingga bulan Disember 2009. Guru2 sudah berhempas pulas mengajar, para pelajar pula sudah berhempas pulas belajar (kecuali guru2 dan pelajar2 yang cincai dan memang pemalas). Ibubapa juga mengharapkan yang terbaik daripada anak2 mereka (kecuali ibubapa yang tidak kisah tentang masa depan anak2 mereka).

Persoalan yang sering bermain di fikiran para pelajar biasanya ialah samada sudah bersedia atau tidak, dan samada akan mendapat keputusan yang baik atau tidak dalam peperiksaan besar ini. Tidak ada orang yang mengharapkan kegagalan, tetapi kejayaan juga tidak pernah memberanikan diri datang dengan sendirinya tanpa usaha yang bersungguh2 dan berterusan daripada orang yang mengharapkannya (kejayaan).

Di dalam buku 'Kerut di Wajah Ayah' (bakal diterbitkan awal 2010) saya menyebut bahawa;

Seorang guru bukannya tukang suap ilmu kepada anak muridnya, seperti seorang ibu menyuapkan bubur kepada anak kecilnya. Tugas guru ialah menunjuk, menegur, dan mengajar seorang anak murid sehingga anak murid itu sendiri berupaya untuk mencari dan menimba ilmu di dada. Seorang guru hanya membimbing anak muridnya menggilap potensi di dalam dirinya. Seorang guru akan dikatakan hebat apabila dia dapat menyedarkan anak muridnya tentang bakat terpendam di dalam dirinya, lalu mengeluarkannya untuk diperjuangkan.

Selama saya belajar di SMK Kota Marudu (1992-1993), tidak ada guru tetap yang mengajar kami subjek kimia dan fizik. Saya pula tidak mempunyai buku rujukan yang lengkap. Saya banyak menggunakan hanya buku teks untuk belajar. Kadang2 pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tambahan. Hasilnya, saya telah lulus 'kredit' semua matapelajaran sains, SPM 1993. Adakah saya lebih pintar berbanding pelajar2 yang lain? Saya tidak fikir begitu.

Apa yang membezakan kami ialah kenyataan saya di atas (petikan italic). Oleh kerana kekurangan guru, ramai pelajar menjadi pemalas dan tidak mahu berusaha lebih. Tidak mahu push the limit. Mereka menanti/mencari guru yang hebat. Menurut mereka guru yang hebat ialah guru yang dapat menyuapkan semua ilmu yang mereka perlukan dan kehendaki, sedangkan pada hakikatnya tidak seperti itu.

Mungkin artikel ini sudah agak terlambat untuk direnungkan oleh para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan PMR. Tetapi bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM, walaupun sudah agak suntuk, tetapi jika mesej ini ditanggapi, masih ada peluang lagi untuk sekurang2nya memperbaiki sedikit pencapaian dalam peperiksaan nanti. Sesungguhnya tidak ada jalan pintas menuju kejayaan. Jika ada, itu bukan kejayaan namaya, tapi 'kejahatan'. Kejayaan Pasti Tercapai hanya benar kepada mereka yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam perjuangan.

Nota: Selamat maju jaya wahai anak-anak Marudu. Macam biasa juga bah. No pain, no gain.
Continue Reading...

Wednesday, October 7, 2009

BE THE MIRACLE

I've been thinking quite a lot lately. Many things; my own life, my business, my family, local politics, the unchangeable past and the uncertain future. Despite of all that, I still continue reading books and writing my autobiography; 'Kerut di Wajah Ayah'. Already 95% finished by now, but most probably will be published by next year only due to editing processes and some other constrains and limitations.

Day before yesterday I happened to watch part of this best movie of all time; Titanic. The part when Jack attended the dinner at the 1st class deck of the unsinkable-claimed giant ship of Titanic. A day before he saves Rose from ending her life by jumping into the Atlantic ocean. Remember the most popular quote, "You jump, I jump."

I admire the dialogue when Jack said that life is a game of luck. But then Cal (Rose fiance) said that a real man makes his own luck. I'm not so into with the rivalry between these two characters; Jack and Cal. Their dialogue simply opened my mind to think of the truth behind it.

I have no doubt that some people are just luckier than other people. They just enter a competition and won great prizes that change their entire life. But to some, they work very hard yet still struggling to survive. They have to create their own luck. I wish I could be as lucky as Jack, won a ticket and get the best things in my life; all my dreams and desires. But putting my feet on the ground, in real life, I realized that Cal was right; 'real man makes his own luck'.

There are no certainties of tomorrow. We only have our today's life. Tomorrow we could be still alive or dead already, up to God to decide. We can only decide what to do today and carry on with our life. We can only hope for the best, but have to be prepared for the worst.

I believe everyone of us have the same struggles in our mind at times. Only people without any dream that live without thinking. People like these, to me, are no better than walking corpses. I have to admit that I'm far from perfect and haven't obtained all that I want to get in my life. But one thing I do: Forgetting what is behind and straining toward what is ahead,  I press on toward the goal to win the prize. Keep on fighting to create my own luck. I can't hope for every miracle to happen. Sometimes, God wants us to be the miracle itself.

Note: I prayed and wished everyone the best of luck. God bless us.
Continue Reading...

Tuesday, October 6, 2009

OTORON OKU I NGA...

Kopiwosian kikiawi tongo kinoruangan. Oleleed sabat aso nakatayad ku dikoo siti. Waro sabat kinopidsalangan ku dit pipiro tadau notoliban. Torima kasi kumaa tongo Kinoruangan dit miguguli magandaa siti. Aso po ot adapat ku paabar banar siti makaa diti tu ogumu po banar ot ijoson ku tidino. Kadang2 nga osolot banar ot pomuabaan.

Ugu poma dino nga arap oku dot ongo aliali kowi kikiawi bo. Aso no suwai adapat ku poboros siti subala ko marap nopo kotulungan do Kinoringan kumaa daton kikiawi. Sinongawi no kopidsalangan kakal po sid pomogunan diti, nga life goes on ka dit saasambatan sid boros dot Urang Puti. Ong totoyoon mongitung nga koonang nopo tutok.


Ba, ong waro tabar2 mangan dikoo polopuro, pangalapur kowi baanar silod kadai sup pituturanan ki ambaya. Kenongko tad patambaa i dikoo silod paagalan dot komen ka dilo. Awasi rasa dot waro koruang ponokituturan siti. Ogumu i bo dara ong tuturan po ot iimon diti nga polobuson ku i kembagu. Wowosion dikoo kikiawi om kopisambat i sesera. Kinoringan mamarakat daton kikiawi.
Continue Reading...

Friday, September 18, 2009

ONCE UPON A TIME IN KG LONGOB

Pada waktu itu saya masih budak2 lagi. Hingus masih meleleh keluar dari hidung dan deras masuk balik apabila disingut (Apakah istilah yang sepadan dengan singut ni dalam BM?). Saya masih ingat banyak permainan yang menyeronokkan di kampung pada ketika itu. Seperti sudah diatur, setiap permainan ada musimnya tersendiri.

Kalau musim main gasing, satu kampung budak2 masing2 ada gasing dan hampir setiap halaman rumah ada 'gelangang' untuk bermain gasing. Begitu juga dengan main guli, main getah, main 'tapak' dan macam2 lagi permainan yang lain. Ada juga permainan yang lebih dasyat. Antaranya, main katub (meriam buluh). Musim bermain katub ni seringkali menjadi amalan menjelang dan di musim2 perayaan, terutamanya Hari Raya.

Kg. Longob bolehlah dikatakan mempunyai penduduk yang majmuk dari segi anutan agama; Ada Kristian, Islam, dan Pagan. Namun apa perayaan sekalipun akan disambut oleh semua penduduk kampung dengan meriah. Kanak2lah yang paling 'bersemangat'.

Pada suatu senja yang hening saya bersama dengan beberapa rakan bermain katub dekat sungai Longob. Kalau diimbas kembali sukar untuk saya gambarkan kemahiran kami bermain katub pada ketika itu. Apa yang pasti katub tatap malatop. Tapi tidak tahu apa kurangnya katub kami pada senja itu. Buluh yang dibuat katub tiada masalah. Tempat pembakaran pun ok. Bahan api dan minyak pun ada. 'Peluru' pun sudah tersedia di muncung katub.

Ketika rakan2 saya mengijos (memperbetulkan) katub kami dan cuba menghidupkan api, saya pergi ke muncung katub untuk melihat dan berhajat untuk mengeluarkan 'peluru', sementara  katub masih belum berfungsi. Ketika saya cuba memasukkan sebelah tangan saya untuk mengeluarkan peluru tin sardin kosong King Cup dari mulut katub, tiba2 katub tersebut berdentum dan melancarkan 'peluru'nya yang sempat menyinggah di jari kelingking tangan kanan saya.

Waduh! Pertama saya terkejut. Kedua jari kelingking saya luka terkena penangan tin sardin yang termuntah dari mulut katub. Mujur luka tidak terlalu dalam dan tidak ada urat yang putus. Pada mulanya saya tidak berasa sakit, tapi apabila saya melihat darah keluar, saya terus menangis dan balut tangan saya dengan baju.

Saya terus beredar menjauhi katub dan membiarkan rakan2 terus bermain. Apabila darah sudah berhenti keluar, saya balik ke rumah pura2 seperti tidak ada apa2 yang berlaku, tapi luka di jari tidak dapat disembunyikan. Akhirnya bapa sedar dan turut memberikan saya 'gaji' atas pencapaian saya bermain katub. Sudahlah luka di jari, kaki saya juga kena rotan. Alala...

Sejak dari hari itu, saya tidak pernah lagi bermain katub sampailah sekarang. Luka di jari sudah sembuh, bahkan parutnya pun sudah tidak kelihatan lagi. Namun pengalaman pahit bermain katub menyedarkan saya bahawa ada permainan yang berbahaya dan ada permainan yang kurang berbahaya. Begitu juga, setiap permainan ada peraturan yang tidak boleh dilanggar dan harus berhati2 apabila bermain.

Ketika saya di universiti, ada seorang profesor kesihatan dan keselamatan persekitaran berkata, "Malang memang tidak berbau, tapi ia boleh dielakkan, dan risikonya boleh dikurangkan."

Nota: Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kita semua, dan beringatlah di musim perayaan ini. Maaf Zahir Batin
Continue Reading...

Wednesday, September 16, 2009

EDISI KHAS: Sejarah Pembentukan Malaysia

PENDAHULUAN

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:

a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:

a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

2. Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:

a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.

Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:

a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:

a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.

Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.

27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.

Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:

a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.

Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.

c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.

4. Pengisytiharaan Malaysia

Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963

Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA

1. Filipina

Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

2. Indonesia

Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.

16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:

a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.

Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:

a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.

Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

PENUTUP

Semua pemimpin dan rakyat Malaysia pada hari ini sewajarnya tidak mengenepikan sejarah dan menghargai perjuangan anak bangsa sehingga Malaysia tertubuh. Kenapa Hari Malaysia tidak mendapat tempat dalam kalendar negara (cuti umum seluruh negara)? Adakah sengaja dilupakan atau tidak mahu rakyat tahu apa hak mereka sebagai rakyat Malaysia sebenarnya.
Nota: Para pemimpin Semenanjung Malaysia (Malaya), Sabah dan Sarawak, janganlah menodai perjanjian yang sudah dimeterai dan membelakangkan hak dan kuasa rakyat, kerana sesungguhnya Malaya, Sabah, dan Sarawak yang membentuk Malaysia Hari Ini.
Continue Reading...
 

Kimaragang Wagu Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template